Online Diary mY pErs0Nal LifE: 2013

Tuesday 21 May 2013

Manusia , Malaikat , Syaitan


Manusia - Eh, dah subuh dah ?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam , tunaikan solat subuh mu ..
Syaitan - Alahhhh, kejaplah , ngantok ney .. awal lagi kot ...zzzZZzz
Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai anak Adam , mulakan dengan Bismillah ..
Syaitan - Ahh , tak payahh la .. dah lapar sangat ney ! mmm .. sedapnye ...
Manusia - Hari ney nak pakai ape yea ?
Malaikat - Wahai anak Adam , pakaila pakaian yang menutup aurat ..
Syaitan - Eh panass la , tader style langsung, nampak kampung !!
Manusia - Alamak , dah lewat !
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti lewat kesekolah ..
Syaitan - Ahh awal lagi .. hmm haa suruh si Z kelentong cikgu laa .
Manusia - Dah azan laa ..
Malaikat - Wahai anak Adam , bersegeralah menunaikan kewajipan ..
Syaitan - Baru pukol berapa .. rilex laa , awal lagi ney ..
Manusia - Eh , ehh tak bole tengok ney , berdosa ..
Malaikat - Wahai anak Adam , alihkan pandanganmu , sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha  mengetahui..
Syaitan - Perggghhh best tuu , rugi kalau tak tengok ney ...
Manusia - Saudaraku sedang berbuat dosa ..
Malaikat - Wahai anak Adam , cegahla dia ..
Syaitan - Lantak je laa , nak sibok buat ape .. buat susah je jaga tepi kain orang ..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ney pada orang lain ..
Malaikat - Wahai anak Adam , nasihat menasihati lah sesama manusia ..
Syaitan - Sendiri pikirlah , semua dah besar, buat ape susah ? pandai pandai la ..
Manusia - Aku telah berdosa ...
Malaikat - Wahai anak Adam , bertaubatlah kamu , sesungguhnya Allah Maha Pengampun ..
Syaitan - Tangguhla dulu , lain kali pon boleh bertaubat .. lagipon muda hanya sekali,,rugilah ..
Manusia - Kalau pergi mesti seronok !
Malaikat - Wahai anak Adam , kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang , tiada siapa yang tahu ...jomlahh 
Manusia - uuuuhh penatnye ,, tak solat lagi ney ..
Malaikat - Wahai anak Adam , taatilah Allah dan RasulNya , kebahagian dunia dan akhirat untukmu.solat itu wajib bagimu ..
Syaitan - Hey anak Adam , ikutilah aku .. dunia ney sangat indah ..

Sekarang kita manusia mempunyai 3 pilihan :
  1. Kita        - patotke aku biarkan pesanan ini begitu jee
  2. Malaikat - Ingatkan pada kawan kawan yang lain ..
  3. Syaitan   - tak payah laa , sibok jee


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 15 May 2013

rintihan sahabat..... aku rindu saat tu..




Sahabat Sejati Peganglah janji
tuk saling menasehati
Dalam Kebaikan Dalam Kebenaran
Dalam Kasih sayang dan Cinta

Indaah..(indaah)
Sungguh Indah.. (sungguh indah)
tuk kita jalani Bersama
suka duka antara kita
iringi dengan iman di dada

Perjalanan panjang yang kita tempuh
memberi kenangan terindah
titis air mata dan canda tawa
tersirat selalu melintas mata
jalinan ini tak terhapuskan
terikat erat mengenggam tangan
walau pun jauh memisahkan
ukhuwah ini tak terputuskan
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Heavens keys - A good lyric




i wonder if i've been good today

i didn't hurt nobody
so why am i afraid to pass away
strange thought i have, as i lay
i have faith in me somewhere
and i love Allah
someday i'll spark that fire
i'm going to start now

heaven's keys
i dropped heaven's keys
i was born with heaven's keys
i gotta find them again
heaven's keys
i dropped heaven's keys
i was born with heaven's keys
i gotta find them again

it's getting late now, it's time to rush
if i leave now, i'll have way too much
but i'll do what i can
it's my duty here as a created man
i remember good things from the past
and now it's time for the future
when my time comes at last
i know i'm going to be prepared

heaven's keys
i dropped heaven's keys
i was born with heaven's keys
i gotta find them again
heaven's keys
i dropped heaven's keys
i was born with heaven's keys
i gotta find them again

i think to when i was five
and life was so much better
pray with dad and read with mom
memorize until supper
suddenly life hands you more priorities
you think that you can make it on your own
it's time i turned things around
and i can find my faith and do good deeds
...so i found heaven's keys

heaven's keys
i dropped heaven's keys
i was born with heaven's keys
i gotta find them again
heaven's keys
i dropped heaven's keys
i was born with heaven's keys
i gotta find them again


#leave a message , okay ^_^

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 13 May 2013

Hikmah Diulang Ulang SOLAT FARDHU

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum , semoga setiap pembaca dirahmati Allah =)
Apakah hikmah diulang-ulang solat fardhu iaitu maghrib,isyak,subuh,zuhur dan asar ?

Dalam mengerjakan ibadah solat dan mengulangnya sehari semalam itu terdapat hikmah yang besar bagi penawar jiwa dan kesihatan. Kemudian sebagai penjagaan diri supaya jangan lalai dari mengingat Allah SWT. Solat juga sebagai penyucian hati dari debu-debu kebendaan yang akan menguasai hati kita.

Permasalahan kehidupan tidak akan selesai, kecuali jika diperhatikan dalam setiap kesempatan . Dalam mengerjakan solat merupakan kesempatan yang dapat mengatasi setiap masalah seseorang. Maka beruntunglah bagi seseorang yang mampu membahagikan perhatiannya antara urusan dunia dan akhirat, yang selalu memelihara waktu solat ataupun ibadah-ibadah yang lain. Dengan diulang-ulangnya waktu solat itu akan menyegarkan kembali hubungan manusia dengan Allah, sehingga setiap masa kita tidak melepaskan diri daripada Allah SWT.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 30 April 2013

Baca Dan Hayati Sampai Habes , Sekian ~

Assalamualaikum , something yang saya nak komen tentang luahan seorang manusia dibawah ini ,
Pasal datin rosmah itu antara dia ngan ALLAH
sape bagi korang semua tutup aurat?
ALLAH
sape bagi korang semua kalimah tauhid? ALLAH
bagi aku pasal org lain takyahlah kita nak mengumpat
buat apa kita bising2 pasal bende yg bukan kita nak ubah pown
kalau korang ada usaha g cari no telefon dielagi bagus daripada mengumpat... n admin yg letak gambar pown tgh berdosa sebabkan gambar tu org panggil penyokong BN .... macaisebabkan gambar tu aku dapat dosa tengok aurat free
sebab gambar tu org bergaduh
sebab gambar tu orang mengumpat
sebab gambar tu org memfitnah
---> lebih baik ko letak gamba yg bagi ko pahala nk jawab soalan ngan ALLAH kat akhirat nanti......
aku tgk ceramah ustaz kazim... banyak org2 pas mencarut kat bawah kata ustaz tu tipu n macai BN
aku tgk ceramah ustaz azhar.... banyak org2 pas puji padahal org BN tak kutuk pun
jd skrg sape yg perjuang ISLAM?
korang , aku sedih sangat
Nabi Muhammad? tgk org2 yg memfitnah agama dengan kata perjuangkan agama tp tak tunjuk akhlak yg baik.... Adakah Nabi Muhammad akan gembira? macam mana pula dengan ALLAH?
Boleh ke kita masuk syurga? Kenapa PAS doa kehancuran UMNO? K.O UMNO?
UMNO tak buat pun..... Ya ALLAH selamatkanlah umat ini





HHAHAHAHAHAAHAHA , itu je laa yang die nampak , UMNO sempurna , maksom , mulia , ape lagi sifat mahmudah ? sume tarok kat UMNO ,,
hey tolong laa , bukak lah sikit mata , minda , akai , Allah bagi utk pike yang mana baik , yang mana burok , bukan memanipulasikan yang burok tu jadi baik , okay ??
laen kali nak cakap pape pon , buat kajian dulu , hipotesis , konklusi dan sebagainya la , bukan cakap pakai ikot sedap mulot jaa , malu wey , malu !

dah terang terang kat tv semua berpihak UMNO-BN sampai tak bagi ruang langsung untuk PKR-PAS ... tak nampak lagi ke ? padahal UMNO-BN sekarang bukan lagi kerajaan dan bakal menjadi pembangkang terhormat , INsyaAllah ,, asal nak konker segala stesen tv dan radio pulak , naseb la media masa diorang tak bole konker ,, 

haa , dan yang dalam berita tv tu , UMNO-BN tak kutuk PKR-PAS ke ? ouh lupa , diorang maksom , mana ada kutok kutok orang ney , 

haa lagi , perkara mulia yang UMNO-BN buat , mempertahankan Kalimah Allah , penyokong penyokong UMNO-BN dengan penuh keikhlasan dan tawaddok memakai pakaian Kalimah Allah dengan tak menutup auratnya , molek sungguh kan ,,
haa sebenanya banyak lagi , tapi apa guna video video kat youtube tuh , cubalah sekali tengok fakta yang dikeluarkan oleh PKR-PAS , jangan dok hanggok jaa apa yang pemimpin UMNO-BN buat cerita !!

https://www.facebook.com/photo.php?v=10200762897976793


Inikah pemimpin yang kita mahukan ??





kerja siapa ??





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 21 April 2013

Islam Mengangkat Darjat Wanita

Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh *doakan kesejahteraan saya jugak yea ^^ 

ana muslimah ^^


kali ni saya berasakan saya perlu berkongsi tentang AURAT WANITA dari update blog dengan perkara yang tak berfaedah (seperti yang selalu).. Pembaca yang dirahmati Allah sekalian ,betapa beruntungnya kan kita ni dilahirkan sebagai orang Islam ALHAMDULILLAH , sebabnya Islam merupakan ADDIN yang syumul iaitu meliputi seluruh aspek kehidupan kita dan paling utama Islam mengangkat martabat wanita dengan menutup aurat mereka .. tak percaya ke ?? huhu

Berikut adalah ciri-ciri atau syarat syarat pakaian muslimah : 

1. Menutup seluruh badan selain yang dikecualikan, menurut ijma’ para ulama bahagian yang dikecualikan itu adalah wajah dan telapak tangannya.Ada kaum muslimah yang tidak mengindahkan syarat ini sehingga dia memakai pakaian tetapi lengannya di biarkan terbuka atau kakinya terdedah. Ada juga yang yang memperlihatkan betis mereka.

2. Pakaian tersebut bukanlah berfungsi sebagai perhiasan, ini berdasarkan firman Allah SWT yang ayatnya iaitu: “…Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan)..” (An-Nur: 31)Secara umum kandungan ayat ini juga mencakupi pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum lelaki melirikkan pandangan kepadanya.Perintah mengenakan pakaian menutup aurat bermaksud untuk menutupi perhiasan wanita. Maka tidaklah masuk akal jika pakaian itu akhirnya berfungsi sebagai hiasan. Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidaak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat.Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakinrancak . Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian.Dan ini ditegah oleh Islam.


3. Pakaian tersebut longgar, tidak ketat, sehingga tidak dapat menggambarkan sesuatu dari tubuhnya.Pakaian yang menampakkan bentuk tubuh adalah dilarang oleh Rasulullah, kerana hikmah pemakaiannya tidak mencapai sasaran dan standard pakaian terrsebut masih gagal memenuhi kehendak syariat.


4. Kainnya mesti tebal dan tidak nipis dan lut sinar.Yang pasti jika busana muslimah berfungsi untuk menutup aurat maka kainnya mesti tebal dan tidak tipis dan lutsinar. Jika ia nipis ertinya sama sahaja ia tidak menutup auratnya bahkan memancing godaan dan menampakkan perhiasannya.Perhiasan inilah yang menggamit mata kaum adam yang akan menghasilkn dosa bagi si penonton dan model yang memperlihatkannya. Hal ini seperti yang diterangkan oleh Rasulullah saw dalam hadis berikut ini: “Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk.”


5. Tidak boleh memakai wangi-wangian atau perfume yangboleh memikat hidung lelaki menghidu bau tersebut.Cukup sekadar untuk keperluan diri sendiri seperti menghilangkan bau peluh demi keselesaan di tempat awam.Ini berdasarkan berbagai hadis yang melarang kaum wanita untuk memakai wangi-wangian bila mereka keluar rumah, seperti yang tertera dalam hadis berikut ini: Dari Abu Musa Al-Asya’ri bahawasanya ia berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Siapapun perempuan yang memakai wangi-wangian, lalu ia melewati kaum lelaki agar mereka mendapat baunya, maka ia adalah penzina. (HR. An-Nasai, Abu Daud, dan At-Tirmidzi)Walaupun ada larangan bagi muslimah untuk memakai wangi-wangian bukan bererti muslimah harus tampil dengan bau yang tidak sedap. Muslimah harus tetap menjaga kebersihan tubuh,dan pakaian agar tidak menimbulkan bau badan yang dapat mengganggu dan menimbulkan fitnah baru iaitu adanya penilaian orang bahawa orang yang memakai jilbab mempunyai bau yang tidak sedap. Perawatan tubuh tetap diperbolehkan bagi muslimah asal tidak jatuh pada perbuatan tabarruj atau berhias.


6. Tidak menyerupai pakaian laki-laki. Masalah ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah berikut ini: Dari Abu Hurairah yang berkata: “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim, dan Ahmad).


7. Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir. Dalam syari’at islam telah ditetapkan bahawa kaum muslimin, baik laki-laki mahupun wanita, tidak diperbolehkan bertasyabuh (menyerupai) orang-orang kafir, baik dalam ibadah, ikut merayakan hari raya, dan berpakaian dengan pakaian khas mereka.


8. Bukan Libas syuhrah (pakaian untuk mencari popularity dan memperagakannya). Larangan ini berdasarkan hadis berikut: “Berdasarkan hadis Ibnu Umar ra. Yang berkata: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (untuk mencari populariti) di dunia, nescaya Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (HR. Ibnu Najah dan Abu Dawud).


Asy-Syaukani dalam Nailul Authar memberikan definisi tentang libas syuhrah iaitu setiap pakaian yang dipakai dengan tujuan meraih populariti di tengah-tengah orangramai , baik pakaian tersebut mahal, yang dipakai oleh seseorang untuk berbangga dengan dunia dan perhiasannya, atau pun pakaian yang bernilai rendah yang dipakai seseorang untuk menampakkan kezuhudannya dan dengan tujuan riyaknya.Semua ini adalah adalah cirri-ciri dan standard yang sudah ditetapkan syari’at untuk mengatur bagaimana seorang muslimah berpakaian dan menutup auratnya.
semoga Allah SWT tetap menjaga hati kita agar sentiasa bersikap dan berbuat hanya untuk mencari keredhaan-Nya . InsyaAllah Aamiin .sama-sama kita islah/perbaiki diri menjadi lebih baik .
sekian saja untuk kali ini ,, Assalamualaikum ..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 30 March 2013

nothing but PENTING !


Assalamualaikum , sihatkah ? harapnya =D

Sukanye sye untuk kongsi pandangan yang tak seberapa ney , InsyaAllah ^_^                       
Aku tak bahagia dengan hidup aku” “Pehal?” “Banyak sangat masalah” “Dah solat?” “Erm belom”


hmm dah tu cane nak bahagia kalo dengan tuntutan Pencipta , kite tak laksanakan , . Manusia termasok sye salu mngeluh dengan doa yang tak pernah dimakbul padahal yang sebenarnya Allah nak anugerahkan kte lebih daripada apa yang kte harapkan , kte seringkali mngeluh bukan ? tapi penah kte terfikir hubungan kte dengan Allah ? Al-quran baca ke tak hari-hari , beramal tak dengan al-quran , solat-solat sunat ade buat ? kene cek balek semua tu . ..  oke la ,alasan tader mase , tapi yang wajib pon dah berombak-ombak , acaner ? hmm mase semua orang Allah bagi 24 jam tak lebih tak kurang . dan manusia yang tak pandai balance mase antara urusan dunia dan akhirat adalah manusia yang rugi seperti firman Allah dlm surahnya Al-Asr . (bukak seniri la yea , takan tak hapai kot makna surah tu ).. 

kenapa nak cari bahagia yang sementara sedangkan Allah dah janjikan bahagia yang selamanya di sana ..
masalah itu mendewasakan , INGAT !! ^_^

Wallahua'lam 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen