Online Diary mY pErs0Nal LifE: Hikmah Diulang Ulang SOLAT FARDHU

Monday, 13 May 2013

Hikmah Diulang Ulang SOLAT FARDHU

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum , semoga setiap pembaca dirahmati Allah =)
Apakah hikmah diulang-ulang solat fardhu iaitu maghrib,isyak,subuh,zuhur dan asar ?

Dalam mengerjakan ibadah solat dan mengulangnya sehari semalam itu terdapat hikmah yang besar bagi penawar jiwa dan kesihatan. Kemudian sebagai penjagaan diri supaya jangan lalai dari mengingat Allah SWT. Solat juga sebagai penyucian hati dari debu-debu kebendaan yang akan menguasai hati kita.

Permasalahan kehidupan tidak akan selesai, kecuali jika diperhatikan dalam setiap kesempatan . Dalam mengerjakan solat merupakan kesempatan yang dapat mengatasi setiap masalah seseorang. Maka beruntunglah bagi seseorang yang mampu membahagikan perhatiannya antara urusan dunia dan akhirat, yang selalu memelihara waktu solat ataupun ibadah-ibadah yang lain. Dengan diulang-ulangnya waktu solat itu akan menyegarkan kembali hubungan manusia dengan Allah, sehingga setiap masa kita tidak melepaskan diri daripada Allah SWT.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen