Online Diary mY pErs0Nal LifE: Islam Mengangkat Darjat Wanita

Sunday 21 April 2013

Islam Mengangkat Darjat Wanita

Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh *doakan kesejahteraan saya jugak yea ^^ 

ana muslimah ^^


kali ni saya berasakan saya perlu berkongsi tentang AURAT WANITA dari update blog dengan perkara yang tak berfaedah (seperti yang selalu).. Pembaca yang dirahmati Allah sekalian ,betapa beruntungnya kan kita ni dilahirkan sebagai orang Islam ALHAMDULILLAH , sebabnya Islam merupakan ADDIN yang syumul iaitu meliputi seluruh aspek kehidupan kita dan paling utama Islam mengangkat martabat wanita dengan menutup aurat mereka .. tak percaya ke ?? huhu

Berikut adalah ciri-ciri atau syarat syarat pakaian muslimah : 

1. Menutup seluruh badan selain yang dikecualikan, menurut ijma’ para ulama bahagian yang dikecualikan itu adalah wajah dan telapak tangannya.Ada kaum muslimah yang tidak mengindahkan syarat ini sehingga dia memakai pakaian tetapi lengannya di biarkan terbuka atau kakinya terdedah. Ada juga yang yang memperlihatkan betis mereka.

2. Pakaian tersebut bukanlah berfungsi sebagai perhiasan, ini berdasarkan firman Allah SWT yang ayatnya iaitu: “…Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan)..” (An-Nur: 31)Secara umum kandungan ayat ini juga mencakupi pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum lelaki melirikkan pandangan kepadanya.Perintah mengenakan pakaian menutup aurat bermaksud untuk menutupi perhiasan wanita. Maka tidaklah masuk akal jika pakaian itu akhirnya berfungsi sebagai hiasan. Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidaak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat.Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakinrancak . Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian.Dan ini ditegah oleh Islam.


3. Pakaian tersebut longgar, tidak ketat, sehingga tidak dapat menggambarkan sesuatu dari tubuhnya.Pakaian yang menampakkan bentuk tubuh adalah dilarang oleh Rasulullah, kerana hikmah pemakaiannya tidak mencapai sasaran dan standard pakaian terrsebut masih gagal memenuhi kehendak syariat.


4. Kainnya mesti tebal dan tidak nipis dan lut sinar.Yang pasti jika busana muslimah berfungsi untuk menutup aurat maka kainnya mesti tebal dan tidak tipis dan lutsinar. Jika ia nipis ertinya sama sahaja ia tidak menutup auratnya bahkan memancing godaan dan menampakkan perhiasannya.Perhiasan inilah yang menggamit mata kaum adam yang akan menghasilkn dosa bagi si penonton dan model yang memperlihatkannya. Hal ini seperti yang diterangkan oleh Rasulullah saw dalam hadis berikut ini: “Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk.”


5. Tidak boleh memakai wangi-wangian atau perfume yangboleh memikat hidung lelaki menghidu bau tersebut.Cukup sekadar untuk keperluan diri sendiri seperti menghilangkan bau peluh demi keselesaan di tempat awam.Ini berdasarkan berbagai hadis yang melarang kaum wanita untuk memakai wangi-wangian bila mereka keluar rumah, seperti yang tertera dalam hadis berikut ini: Dari Abu Musa Al-Asya’ri bahawasanya ia berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Siapapun perempuan yang memakai wangi-wangian, lalu ia melewati kaum lelaki agar mereka mendapat baunya, maka ia adalah penzina. (HR. An-Nasai, Abu Daud, dan At-Tirmidzi)Walaupun ada larangan bagi muslimah untuk memakai wangi-wangian bukan bererti muslimah harus tampil dengan bau yang tidak sedap. Muslimah harus tetap menjaga kebersihan tubuh,dan pakaian agar tidak menimbulkan bau badan yang dapat mengganggu dan menimbulkan fitnah baru iaitu adanya penilaian orang bahawa orang yang memakai jilbab mempunyai bau yang tidak sedap. Perawatan tubuh tetap diperbolehkan bagi muslimah asal tidak jatuh pada perbuatan tabarruj atau berhias.


6. Tidak menyerupai pakaian laki-laki. Masalah ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah berikut ini: Dari Abu Hurairah yang berkata: “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim, dan Ahmad).


7. Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir. Dalam syari’at islam telah ditetapkan bahawa kaum muslimin, baik laki-laki mahupun wanita, tidak diperbolehkan bertasyabuh (menyerupai) orang-orang kafir, baik dalam ibadah, ikut merayakan hari raya, dan berpakaian dengan pakaian khas mereka.


8. Bukan Libas syuhrah (pakaian untuk mencari popularity dan memperagakannya). Larangan ini berdasarkan hadis berikut: “Berdasarkan hadis Ibnu Umar ra. Yang berkata: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (untuk mencari populariti) di dunia, nescaya Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (HR. Ibnu Najah dan Abu Dawud).


Asy-Syaukani dalam Nailul Authar memberikan definisi tentang libas syuhrah iaitu setiap pakaian yang dipakai dengan tujuan meraih populariti di tengah-tengah orangramai , baik pakaian tersebut mahal, yang dipakai oleh seseorang untuk berbangga dengan dunia dan perhiasannya, atau pun pakaian yang bernilai rendah yang dipakai seseorang untuk menampakkan kezuhudannya dan dengan tujuan riyaknya.Semua ini adalah adalah cirri-ciri dan standard yang sudah ditetapkan syari’at untuk mengatur bagaimana seorang muslimah berpakaian dan menutup auratnya.
semoga Allah SWT tetap menjaga hati kita agar sentiasa bersikap dan berbuat hanya untuk mencari keredhaan-Nya . InsyaAllah Aamiin .sama-sama kita islah/perbaiki diri menjadi lebih baik .
sekian saja untuk kali ini ,, Assalamualaikum ..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen