Online Diary mY pErs0Nal LifE: January 2017

Saturday, 21 January 2017

Aunty-ii hot


20.1.2017

Bismillahirrahmanirrahim.
Indahnya ukhwah ...
Harini dapat jugakkumpul ramai2 kawan sekolah banat. Meriah memang meriah dan riuh. Mulanya dengan plan pini nak lepak dengan syafiqah husna, fatin aida and zakirah. Kemudian pakat ajak sekali semua yang free; anis, afiqah, tqah azmi, puteri dan maryam. Jadinya berkumpul lah tapi pakai janji Islam sebab janji melayu tak boleh pakai. Tapi slack juga, lambat sampai anis menunggu hahaha. Anis hangkut bebudak kamunting belah sana; fatin and puteri. Bebudak kamunting pulak bermula dengan pini angkut zakirah pastu dorang pulak diangkut oleh syafiqah husna dan last sekali hangkut aku pegi rumah afiqah. Pastu naik naza afiqah bawak ambek tqah dan maryam. Cukuplah kolum semuanya. Pastu singgah pejabat pos and then head to taman tasek. Dan hangkutlah sekali makanan, kiranya potluck sambil berpicnic gittew. 
Baru je berkumpul semua tak sampai sesaat dah riuh giler. Memang tak dapat dikawal. Semua pakat bercakap, mengata and menyakat each other, bukak cerita masing2 sambil makan. Oh yaa dan kami semua juga menjadi saksi kepada pergaduhan dipondok sebelah. Meriah jugak tu, meriah dengan gaduh mulut. Kalau takat gaduh mulut takpa wei, ni siap nak bertumbuk bertolakan dan lempaq barang. Tedia aih kiteroang ape lagi, usha sakan aa, tapi curi2 laa hahaha kang kteorg pulak kene maki sebab tengok dorang gaduh. Tapi ye aa mana kte tak usha, dah menjerit sakan macam org histeria, tambah bikin panas bila datang lagi satu kereta dengan 2 org makcik dan sorang budak sekolah perempuan. Yang sorang makcik tu pulak bawak payung ingatke nak pakai sebab hujan dan nak pegi jadi pendamai, rupanya dia pun pi join bantai sekali. uii lagi sakan aa time tu. Kteorg sebagai reporter bertauliah pun saling berhujah menelah cerita disebalik pergaduhan tu yangmana makcik2 tu bergaduh sebab suami curang. Nak jadi betulnye pulak bila dengar dorang cakap "laki tak guna" lah apelah, dengan bantuan telinga kuali fatin aida. Cekap betul telinga dia buat keje siap boleh repeat balek dialog makcik2 tu. Lama jugak dorang gaduh makin teruk, teruk dan teruk sampai rasa nak call polis takut ada kes pembunuhan pulak kan hahaha tapi yee sebab teruk sangat. Takan lah bebudak umo baru nak cecah 22 nak pegi tegur, kang takmemasal kene baling batang payung uu takberani. Pini sebagai budak degree dalam bahagian dakwah siap dah nak pegi dakwah tapi kteorg halang sebab kenangkan masa depan dia dan kami jugak, takut cacat manamana anggota badan pasni. So kami pun hanya mampu tengok je sampailah pukul 5, kteorg beransur but still dorg takhabes lagi hahaha dasyat weih. Elok je kami sampai belah kamunting, hujan lebat. Naseb baik kalau tak tersangkut kat pondok taman tasek tu, buat naya jaa. Tatau lah apejadi dengan dorang yg gaduh sakan tu. 
Tapi sebenarnya kan bukanlah kteorg terus balek pun, kteorg sambung melepak kat rumah Afiqah. Haa kali ni best sikit aa nak sembang sebab dah takde distraction papedah. Borak punya borak sampailah dekat magrib baru reti nak balek rumah memasing. haha masing2 takpuas lagi nak bercerita lepas rindu tambah pulak pini dah nak balek unisza dah esoknya. Nak tunggu memasing cuti sekali susah wei, tunggu raya and cuti sem je tu pun tak semua cuti samaa. Semua nilah kenangan yang akan dikenang akan datang macam sekarang ni selalu teringat zaman sekolah dulu haih rindu. Dahtu sekarang masing2 dah nak kawen tunang siap dah anak sorang pulaktu, tapi yang nak kawen soon and sooner tu bukan aku laa sebab tak nampak lagi tanda2 nak jumpa jodoh tu muahaha. Hmmmmm how fast time flies. Sungguh, rasa kalau boleh putar masa, nak sangat pegi time masing2 tengah "enjoy" PMR, pastu enjoy lepas habes PMR. Best mmg best sebab tu masa yang takde masalah sangat, dan kalauadapun bukanlah besar macam sekarang yg nak kene hadap dengan pelbagai jenis manusia kat u tu... ok dah melalut jauh ni, reverse balekkkkk. 
Haa lagi satu, dapat kumpul ni pun sebab plan last minit. Kalau plan awai memang tak menjadi sampaikan tadi dorang plan nak jalan kat penang, aku tak bagi punya takut tak jadi hahahaha. I am very happy with this reunion hopefully raya tahun ni kita dapat kumpul lagi ramai geng banat InsyaAllah aamin. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen